Tuesday 10 April 2012

MEETING AKTIVITI..

Ahad lepas, 8 april, menyaksikan satu pertemuan di antara belia, beliau dan remaja untuk membincangkan satu aktiviti yang boleh dianggap besar dan sukar untuk dilaksanakan. Perbincangan berjalan selama hampir dua jam.
Golongan remaja diharap dapat mengambil perhatian dan bahagian untuk menjayakan aktiviti ini.
Barisan para belia yang tekun mendengar segala taklimat dan cadangan.
Ini pula barisan all timer yang menjadi penasihat dan pembimbing para remaja.

Selepas mendengar segala penerangan dari pengerusi kelab belia, cadangan dan pandangan di minta unutk memperbaiki perancangan. AJK aktiviti juga dibentuk. Sayangnya saya tak ambil perhatian sangat masa pembentukan AJK aktiviti.
Antara aktiviti yang dicadangkan dan bakal di laksanakan pada masa terdekat ni adalah, Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Futsal Lelaki dan Wanita dan juga Sesi pertandingan Karaoke di Majlis kemuncak yang mungkin dilaksanakan pada awal bulan mei. Aktiviti ini terbuka pada kampung sekitar dan kawasan yang berhampiran. 
Sebagai salah seorang warga Sg Beruang, saya juga berharap agar segala perancangan untuk aktiviti ini berjalan lancar dan mana-mana objektif yang disasarkan akan tercapai. Paling penting sekali, golongan remaja yang ada di Sg Beruang dapat belajar dari belia dan beliau yang terlibat. Apa pun, kita tunggu perkembangannya nanti.. semoga saya tetap ada ruang dan luang untuk dapatkan sebarang berita..  

5 comments:

  1. Lantikan ajk rasanya mesti yg hadir masa meeting kan? err... ajk yg x hadir tp d lantik tu mana tau apa2...

    ReplyDelete
  2. All the best & slmt maju jaya utk warga Sg Beruang khususnya para beliawan & beliawanis!

    ReplyDelete
  3. "diharap tarikh aktiviti dpt diumumkan lebih awal bg persediaan masa kpd mereka yg berada diperantauan,,,sekian terima kasih"

    ReplyDelete
  4. ada cadangan dari belia SgB. apa kata kalau tarikh ditunda? tunggu la aku pulang ba dulu!!!!! waaaa.... sedih ni nda dpt ikut!!!

    ReplyDelete
  5. aku ada 2 cadangan. aku harap cadangan ni blh diambil kira dan dipertimbangkan oleh ADMIN SgB ni. hehe...

    1. kalau boleh la kan, buat la aktiviti2 sukaneka/sukan rakyat di kampung. sama mcm aktiviti yg skrg ni buat la... di FB SgB tu mcm jg tu sebut nama2 sukan rakyat yg suda lama tidak dimainkan zaman skrg ni. tp cuma ada sukaneka/sukan rakyat sja la yg dipertandingkan. untuk kanak2, remaja2, wanita2, belia2 dan golongan beliau2.
    2. kalau boleh2 la kan... kasi la buat aktiviti2 yg mcm skrg tgh dibuat ni time MUSIM CUTI SEKOLAH. jd ramai jg la penyertaan dari golongan2 yg jauh/tinggal di bandar. kan slalu tu klu cuti skolah 1 minggu bnyak jg yg pulang SgB tu... sekurang2nya klu nda ikut pertandingan pun, ada jg yg ikut menjadi penonton....

    Jd mcmana ADMIN? ok ka cadangan ku ni? hehe..

    ::SgB Bukan Main::

    ReplyDelete