Wednesday 20 November 2013

Pertandingan Bola Tampar Anjuran PIBG

Assalamualaikum….

Lama juga kan Admin nda post apa-apa.. Sebenarnya idea ada, banyak. Cumanya, ketiadaan masa dan bahan yang buat idea tu terkubur macam tu ja.. Macam-macam yang Admin mau kasi muat dalam blog kita ni.. Tapi, itu la.. Banyak sangat halangannya..

Kali ni, cerita pasal tournament lagi.. Ini ja la cerita paling laju yang Admin selalu post, sebab bahan cukup(itu pun ehsan orang,hehe). Lagi pun di kg kita ni memang rajin sangat orang buat anjuran.. Nda kira la bola tampar ka, futsal ka, badminton ka.. Memang rajin, lagi pun ramai supporter.. Semua belia, beliawanis dan beliau sangat-sangat rajin bagi sokongan tiap kali ada anjuran macam ni.
Ok, cukup pasal cakap-cakap kosong ni. Kita teruskan dengan topik(topik mu la) kita kali ni.. Tournament kali ni ialah Pertandingan Bola Tampar Wanita anjuran PIBG SK Gum-Gum Kecil. Anjuran tu diadakan pada 15 dan 16 November lalu.. Hari sabtu dan ahad.

Penyertaan kali ni dapat sambutan yang hangat juga.. Ada 10 team yang bertanding. Kg kita ada hantar sampai empat team..Ramaikan??Mana nda ramai, team nya, dari cewe-cewe, pegi bini orang, pegi mama orang..Semua sporting gitu..Nasib nenek orang belum beraksi..Kalau nda, confirm.. Jangan fikir nenek orang nda pandai main bola tampar, try buat perlawanan kampung kita ja, confirm nenek-nenek orang keluar buat team..

Pandai juga aku ni melalut pegi cerita benda lain kan..Haha..Sorry, kesilapan tidak di sengajakan.. Ok la, sekarang jum kita layan gambar.. Biarkan gambar yang berbicara.. Bak kata Yunalis-tiap gambar ada lagu, jadi kata Admin pula, tiap gambar ada ceritanya………


Gambar-gambar ni, adalah empat team yang mewakili SBG,
Ini team cewe-cewe Admin cakap tu.. Team Super Women

Ini pula team bini-bini orang.. Team Wanita SGB

Ini? Ini team mama-mama orang pula..Tapi tu hadiah, hadiah pinjam ja tu..Buat posing, hehe..
 Team Kami Bah

Ini team mix, dari SGB juga ni.. Mama orang ada, bini orang ada, cewe orang pun ada ni.. Team
Maap-maap Nye Pe

Next, gambar dibawah ni pula gambar-gambar peserta lain yang dating dari luar kampong.. Ada dari Kg.Kuala Gum-gum, Kg. Dandulit, dari Peringkat 6 pun ada, dan wakil dari pihak penganjur, SK Gum-Gum Kecil sendiri.. Korang layan gambar ja la ya, sebab Admin pun kurang pasti nama-nama team ni, kurang info..Nanti Admin letak sembarangan, ahli team tu mesti nda senangkan, so, just Check this out
Ini Admin yakin wakil dari Kg. Dandulit, nama team dorang ni, D’ Star

Ini pula orang kuat Kuala Gum-Gum, Sinaran FC.

Team ni Admin nda pasti wakil dari mana, mungkin Peringkat 6.

Ini pun, Admin nda pasti wakil dan nama kumpulan dorang.

Team Fighting Girl’s, mungkin juga ini wakil dari SK Gum-Gum Kecil.

Ini rasanya wakil PIBG(kalau Admin salah,sila tinggalkan komen dan harap betulkan)

Itu lah sepuluh peserta mewakili Kampung masing-masing. Selepas dua hari berpanas berhujan, masing-masing memberi saingan hebat, akhirnya, keputusan keseluruhan diperolehi.. Aiseh, ayat apa la ba ni.. Skema sungguh.
Keputusan keseluruhannya berpihak kepada kampong kita la, siapa lagi..Ini la Admin semangat sikit mau becerita ni.. Bole tahan kuat bini-bini orang ni.Kalah cewe-cewe orang dorang kerjakan,padahal cewe-cewe orang tu hari-hari main bola tampar.Apa-apa pun syabas bini-bini orang, eh, silap.. Syabas Wanita SGB sebab dapat bagitau kampong lain kita memang juara.
Tempat pertama, kedua dan ketiga (wakil)

Tempat pertama di menangi oleh team dari Sg.Beruang, Wanita SGB

Posing dengan piala dan hamper kemenangan. Tahniah sekali lagi, pertahankan kejuaraan.

Tempat kedua di sandang oleh team dari Kuala Gum-Gum, Sinaran FC

Dan tempat ke tiga, sekali lagi dari Kg. Sg. Beruang, Super Women. Tapi malangnya, gambar team Super Women posing dengan hadiah, tiada dalam simpanan. Sorry, kekurangan harap di kesali.

Rasanya, ini ja laporan untuk tournament kali ni. Ohya, bagi lelaki pula, ada juga, tapi Admin nda sempat ambil gambar. Dorang buat perlawanan di Gelanggang futsal Kg.Dandulit. Main futsal la, nda kan main guli kan..Kampung kita hantar tiga wakil.. BSB Senior, BSB Junior dan Anduhu. BSB tu stand for Belia Sg. Beruang. Malangnya, BSB Senior dan Anduhu nda dapat apa-apa tempat, tapi good news nya, team BSB Junior dapat tempat pertama..Juara la tu maksudnya.. Tahniah BSB Junior.. Keep it up, dan kekalkan kejuaran..

Ok la, Admin rasa, itu ja laporan untuk bulan November ni.. Kalau ada lagi, nanti Admin bagi update lagi.. Kepada anak-anak SGB sekalian, kalau kamuorang ada idea apa-apa seja la mo kasi masuk dalam blog kita ni, silakan tinggalkan komen, InsyaAllah, Admin akan muatkan dalam blog kita..Jadi nda juga blog kita ni sunyi ja, mau-mau penuh sarang labah-labah la ni blog kita ni.. Kalau kamu orang nda dapat komen dalam blog ni, kamu kasi post seja idea kamu dalam fb-group anak-anak beruang. Ok??

P/S: Macam biasa, ada silap ada salah, sila tegur-tegur saja..
Admin mau pergi…. Peace~~~~~