Tuesday 10 April 2012

MEETING AKTIVITI..

Ahad lepas, 8 april, menyaksikan satu pertemuan di antara belia, beliau dan remaja untuk membincangkan satu aktiviti yang boleh dianggap besar dan sukar untuk dilaksanakan. Perbincangan berjalan selama hampir dua jam.
Golongan remaja diharap dapat mengambil perhatian dan bahagian untuk menjayakan aktiviti ini.
Barisan para belia yang tekun mendengar segala taklimat dan cadangan.
Ini pula barisan all timer yang menjadi penasihat dan pembimbing para remaja.

Selepas mendengar segala penerangan dari pengerusi kelab belia, cadangan dan pandangan di minta unutk memperbaiki perancangan. AJK aktiviti juga dibentuk. Sayangnya saya tak ambil perhatian sangat masa pembentukan AJK aktiviti.
Antara aktiviti yang dicadangkan dan bakal di laksanakan pada masa terdekat ni adalah, Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Futsal Lelaki dan Wanita dan juga Sesi pertandingan Karaoke di Majlis kemuncak yang mungkin dilaksanakan pada awal bulan mei. Aktiviti ini terbuka pada kampung sekitar dan kawasan yang berhampiran. 
Sebagai salah seorang warga Sg Beruang, saya juga berharap agar segala perancangan untuk aktiviti ini berjalan lancar dan mana-mana objektif yang disasarkan akan tercapai. Paling penting sekali, golongan remaja yang ada di Sg Beruang dapat belajar dari belia dan beliau yang terlibat. Apa pun, kita tunggu perkembangannya nanti.. semoga saya tetap ada ruang dan luang untuk dapatkan sebarang berita..  

Monday 19 March 2012

PERHIMPUNAN PARA NELAYAN...

19 Mac.. Satu tarikh yang dijanjikan untuk mereka yang memiliki bot nelayan untuk sesi bergambar. Majlis ini dihadiri oleh lebih 10 bot dan beberapa pegawai dari bandar yang jadi saksi fotografi tersebut. Sesi bergambar dijalankan sebagai satu proses permohonan lesen bot, subsidi minyak dan juga bantuan nelayan. Proses ini akan dibuat setiap tahun dan memerlukan kegigihan nelayan untuk berurusan kerana bukan sedikit perkara yang perlu dibuat.
 Antara posisi bot yang perlu di gambar dan gambar akan dimasukkan kedalam kepilan lesen bot.
 Banyak juga ya bot dari Kg Sg Beruang ni.. hehehe
 Salah seorang otai nelayan di Kg.
 Rasanya bot ni masih baru. Berlabel MSP dan bot ni sesuai untuk 4 hingga 6 orang pemancing..
Salah seorang penduduk Kg yang bertuah mendapat bantuan bot dan enjin dari kerajaan.

Sekalung tahniah buat nelayan Kg Sg Beruang yang bakal dapat lesen baru atau renew lesen nelayan dan bebas bergerak diperairan Sandakan. Tahniah juga kerana menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia..

Monday 27 February 2012

JETI KOLAM SG BERUANG..

Sabtu lepas, kami dihimpun untuk menjayakan satu projek. Segala pakar berhimpun untuk itu. Sebuah JETI GUNA SAMA akan didirikan di salah satu kolam yang menjadi sumber air orang kg. Sebuah lagi infrastruktur untuk kemudahan orang Kg Sg Beruang.


 Maka ramai la pakar dan bukan pakar yang datang mencurah pengalaman masing-masing.

 Kerja dimulakan sekitar jam 9 pagi.
Bagi yang pandai tu boleh la perlihatkan kepakaran tapi bagi yang belum pandai dalam bidang tukang kayu ni culkuplah sekadar melihat dan menghulur papan.
Sekitar jam 1 tengahari, struktur jeti sudah mula kelihatan. Kemeriahan terasa bila gurau senda sentiasa kedengaran. Gelak ketawa menjadi penawar letih mereka yang bekerja.
Jeti siap dengan sempurna sekitar hampir jam tiga petang.Mungkin nampak tinggi dan sukar untuk mencedok air dari jeti tapi ianya sesuai untuk mereka yang suka santai petang sambil tunggu pancing diragut ikan. Lagi pun, ada juga jeti kecil yang rendah hampir separas air. 

Sunday 19 February 2012

PROJEK PERTAMA..

Aku mencadangkan untuk menggunakan gambar ni sebagai projek pertama untuk anak-anak muda dikg. Itu pun seandainya member-member semua berminat. Apapun, projek ni tidak terhad untuk motor semata-mata. Ianya boleh diguna dimana-mana namun imej motor diutamakan kerana ramai rakan-rakan kita di Kg memiliki motor kapcai dan meriah andai mereka berhimpun semua.
Nantikan perkembangannya projek ini. Semoga semuana berjalan dengan lancar. Sekiranya ada cadangan dan idea untuk projek yang lain, boleh la dibincangkan di anak anak beruang (fb) dan kita akan cuba wujudkan chatbox untuk perbincangan disini.. terima kasih semua...

SALAM PERKENALAN..

Assalamualaikum, kepada kengkawan yang jauh dan dekat..
Bermula dari hari ini, di tapak ini, akan ada ruang untuk mereka yang jauh dari kg untuk melihat perkembangan dan juga aktiviti rakan-rakan dan sanak saudara di Kg Sg Beruang. Saya sebagai admin berharap agar rakan-rakan seKg sudi menjenguk kami di sini. Sokong dari anda amat diperlukan. Begitu juga mereka yang bukan dari Kg. Sudi-sudikan lah menjenguk kami dan mengenali kami yang jauh dipedalaman... Apa pun, blog ini dicipta hanya untuk santapan hiburan cerita untuk mereka yang jauh dari kg dan juga untuk mereka yang ingin mengenali Kg Sg Beruang. Semoga blog ini dapat menjadi satu dairi Aktiviti Kg yang menarik dan berpanjangan.. InsyaAllah....