Assalamualaikum….
Lama juga kan Admin nda post apa-apa..
Sebenarnya idea ada, banyak. Cumanya, ketiadaan masa dan bahan yang buat idea
tu terkubur macam tu ja.. Macam-macam yang Admin mau kasi muat dalam blog kita
ni.. Tapi, itu la.. Banyak sangat halangannya..
Kali ni, cerita pasal tournament lagi.. Ini ja la cerita paling laju yang Admin selalu
post, sebab bahan cukup(itu pun ehsan orang,hehe). Lagi pun di kg kita ni
memang rajin sangat orang buat anjuran.. Nda kira la bola tampar ka, futsal ka,
badminton ka.. Memang rajin, lagi pun ramai supporter..
Semua belia, beliawanis dan beliau sangat-sangat rajin bagi sokongan tiap kali
ada anjuran macam ni.
Ok, cukup pasal cakap-cakap kosong ni. Kita
teruskan dengan topik(topik mu la) kita kali ni.. Tournament kali ni ialah
Pertandingan Bola Tampar Wanita anjuran PIBG SK Gum-Gum Kecil. Anjuran tu
diadakan pada 15 dan 16 November lalu.. Hari sabtu dan ahad.
Penyertaan kali ni dapat sambutan yang
hangat juga.. Ada 10 team yang
bertanding. Kg kita ada hantar sampai empat team..Ramaikan??Mana
nda ramai, team nya, dari cewe-cewe, pegi
bini orang, pegi mama orang..Semua sporting
gitu..Nasib nenek orang belum beraksi..Kalau nda, confirm.. Jangan fikir nenek orang nda pandai main bola tampar, try buat perlawanan kampung kita ja, confirm nenek-nenek orang keluar buat team..
Pandai juga aku ni melalut pegi cerita
benda lain kan..Haha..Sorry,
kesilapan tidak di sengajakan.. Ok la, sekarang jum kita layan gambar.. Biarkan
gambar yang berbicara.. Bak kata Yunalis-tiap gambar ada lagu, jadi kata Admin
pula, tiap gambar ada ceritanya………
Gambar-gambar ni, adalah empat team yang
mewakili SBG,
Ini
team cewe-cewe Admin cakap tu.. Team Super Women
Ini
pula team bini-bini orang.. Team Wanita SGB
Ini?
Ini team mama-mama orang pula..Tapi
tu hadiah, hadiah pinjam ja tu..Buat posing,
hehe..
Team Kami Bah
Ini team mix, dari SGB juga ni.. Mama orang
ada, bini orang ada, cewe orang pun ada ni.. Team
Maap-maap Nye Pe
Next, gambar dibawah ni pula gambar-gambar
peserta lain yang dating dari luar kampong.. Ada dari Kg.Kuala Gum-gum, Kg.
Dandulit, dari Peringkat 6 pun ada, dan wakil dari pihak penganjur, SK Gum-Gum
Kecil sendiri.. Korang layan gambar ja la ya, sebab Admin pun kurang pasti
nama-nama team ni, kurang info..Nanti Admin letak sembarangan, ahli team tu
mesti nda senangkan, so, just Check this out…
Ini
Admin yakin wakil dari Kg. Dandulit, nama team dorang ni, D’ Star
Ini
pula orang kuat Kuala Gum-Gum, Sinaran
FC.
Team
ni Admin nda pasti wakil dari mana, mungkin Peringkat 6.
Ini
pun, Admin nda pasti wakil dan nama kumpulan dorang.
Team
Fighting Girl’s, mungkin juga ini
wakil dari SK Gum-Gum Kecil.
Ini
rasanya wakil PIBG(kalau Admin salah,sila tinggalkan komen dan harap betulkan)
Itu lah sepuluh peserta mewakili Kampung
masing-masing. Selepas dua hari berpanas berhujan, masing-masing memberi
saingan hebat, akhirnya, keputusan keseluruhan diperolehi.. Aiseh, ayat apa la
ba ni.. Skema sungguh.
Keputusan keseluruhannya berpihak kepada
kampong kita la, siapa lagi..Ini la Admin semangat sikit mau becerita ni.. Bole
tahan kuat bini-bini orang ni.Kalah cewe-cewe orang dorang kerjakan,padahal
cewe-cewe orang tu hari-hari main bola tampar.Apa-apa pun syabas bini-bini
orang, eh, silap.. Syabas Wanita SGB
sebab dapat bagitau kampong lain kita memang juara.
Tempat
pertama, kedua dan ketiga (wakil)
Tempat
pertama di menangi oleh team dari Sg.Beruang, Wanita SGB
Posing
dengan piala dan hamper kemenangan. Tahniah sekali lagi, pertahankan kejuaraan.
Tempat
kedua di sandang oleh team dari Kuala Gum-Gum, Sinaran FC
Dan
tempat ke tiga, sekali lagi dari Kg. Sg. Beruang, Super Women. Tapi malangnya, gambar team Super Women posing dengan hadiah, tiada dalam simpanan. Sorry,
kekurangan harap di kesali.
Rasanya, ini ja laporan untuk tournament kali ni. Ohya, bagi lelaki
pula, ada juga, tapi Admin nda sempat ambil gambar. Dorang buat perlawanan di
Gelanggang futsal Kg.Dandulit. Main futsal la, nda kan main guli kan..Kampung
kita hantar tiga wakil.. BSB Senior,
BSB Junior dan Anduhu. BSB tu stand for
Belia Sg. Beruang. Malangnya, BSB Senior
dan Anduhu nda dapat apa-apa tempat,
tapi good news nya, team BSB Junior dapat tempat pertama..Juara la tu maksudnya.. Tahniah BSB Junior.. Keep it up, dan kekalkan
kejuaran..
Ok la, Admin rasa, itu ja laporan untuk
bulan November ni.. Kalau ada lagi, nanti Admin bagi update lagi.. Kepada
anak-anak SGB sekalian, kalau kamuorang ada idea apa-apa seja la mo kasi masuk
dalam blog kita ni, silakan tinggalkan komen, InsyaAllah, Admin akan muatkan
dalam blog kita..Jadi nda juga blog kita ni sunyi ja, mau-mau penuh sarang
labah-labah la ni blog kita ni.. Kalau kamu orang nda dapat komen dalam blog
ni, kamu kasi post seja idea kamu dalam fb-group anak-anak beruang. Ok??
P/S: Macam biasa, ada silap ada salah, sila
tegur-tegur saja..
Admin mau pergi…. Peace~~~~~